Tuesday, November 2, 2010

warisan merdeka

Warisan Merdeka: Penjelasan PM
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan projek pembangunan Warisan Merdeka yang turut merangkumi pembinaan menara 100 tingkat yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2011, Jumaat lalu, adalah projek yang menguntungkan dan bukannya satu pembaziran.
Perdana Menteri berkata, rasional projek Warisan Merdeka itu adalah untuk merancakkan aktiviti ekonomi sekali gus mewujudkan kesan berganda kepada ekonomi negara melalui pengagihan kerjakerja kontrak.
Menurutnya, kawasan pemba ngunan itu juga akan menjadi pusat perniagaan menempatkan usahawan bumiputera dan bukan bumiputera di bawah satu bumbung yang boleh dijadikan tarikan negara.
“Zaman Tun Dr. Mahathir (Mo hamad) buat jambatan Pulau Pi nang dulu, mereka (pembangkang) serang juga tetapi sekarang orang Pulau Pinang sendiri minta jambatan kedua, apabila Tun Mahathir buat Menara Berkembar Petronas, dia juga telah dipertikaikan.
“Bila kita buat menara 100 tingkat ini, rasionalnya sama, kita nak satu bangunan yang menjadi lambang negara yang bukan sahaja moden tetapi maju,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO Ke-61, di sini hari ini.
Projek Warisan Merdeka yang akan dibangunkan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dengan kos RM5 bilion itu dibina di sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara dan dijadualkan siap pada 2015.
Sejurus projek berkenaan di umumkan Perdana Menteri, parti pembangkang sebagaimana biasa melancarkan serangan kononnya ia adalah satu projek yang membazirkan wang rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, beliau tidak pernah mengarahkan PNB melakukan projek tersebut dan menjelaskan cadangan serta rancangan itu dikemukakan sendiri oleh syarikat milik kerajaan (GLC) itu.
“Saya tidak mengarahkan PNB, mereka mencadangkan bahawa ini adalah sesuatu yang diingini pengurusan dan lembaga pengarah PNB,” tegasnya.
Sementara itu, Najib sewaktu menjawab dakwaan kononnya projek Warisan Merdeka dan pe ngumuman tiada kenaikan tol se lama lima tahun di empat buah lebuh raya milik PLUS yang ter kandung dalam Bajet 2011 sebagai tiada kaitan dengan belanjawan negara, berkata:
“Sesiapa yang bentang bajet bo leh terangkan segala perkara yang menyentuh kepentingan rakyat, ucapan belanjawan itu merang kumi segala-galanya,”.

No comments:

Post a Comment